by admin gediq
Posted November 24th, 2008 at 9:31 am
Bulan puasa selalu dikaitkan dengan mulut berbau. Tips nafas segar, tumbuk 10 kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih. Gosok pada gigi dan berkumuh dengannya tiga kali sehari.Tips nafas segar ini bolehlah dilakukan ketika bersahur dan selepas berbuka puasa Jika di bulan puasa.
Ada juga menyatakan tips nafas segar dengan mengumam bunga cengkih beberapa ketika bagi menghindar nafas berbau.
Untuk nafas segar juga amalkan mengunyah halia bersama jus lemon.
Pakar prergigian barat selalu menekankan kepentingan menggosok lidah ketika menggosok gigi kerana kajian membuktikan 50 peratus keberkesanan bau nafas hilang jika lidah dibersihkan setiap hari.
Selain iti tips nafas segar juga cuba lakukan perkara yang boleh menggalakkan pengaliran air liur seperti mengunyah gula-gula getah dan minum air kosong sekerap yang mungkin.
Tips nafas segar seterusnya, berkumur dengan cecair khusus untuk membersihkan mulut mengandungi klorin dioksida kerana ia terbukti berkesan mengawal pembiakan bakteria sekali gus menghindarkan nafas berbau.
bagaimana pula tips nafassegar dari orang-orang tua? Petua orang tua untuk nafas segar ialah sagai hampas kelapa sehingga kuning, kemudian kunyah hampas kelapa itu dan minum air suam selalu. Amalkan sekerap yang mampu bagi menghindar nafas berbau.