Bersarapan Dengan Yogurt
Dipercayai pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dapat membantu menghilangkan lemak pada perut. Dengan ini dapat mengawal perut buncit.
Jangan Gelojoh
Kunyah makanan dengan perlahan dan telan makanan apabila ia telah benar2 hancur. Apabila menelan makanan terlalu cepat udara yang tertahan dan ter sekat di dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut terasa penuh. Makanan yang tidak di kunyah dengan lumat susah untuk di hadamkan dan menyebabkan terhasilnya gas-gas yang membentuk perut buncit.
Kurangkan Garam
Pengambilan garam yang banyak di dalam diet harian akan menyebabkan berlakunya pertambahan sodium dalam badan. Ia juga melambatkan mekanisma dan memasksa air keluar dari sel badan anda dan meyebabkan perut terasa penuh dan perut mula mengembung kehadapan.
Minum Air
Sekiranya anda berasa perut anda kembung dipenuhi air kesan daripada penyimpanan air berlebihan, anda boleh mengurangi masalah itu dengan meminum lebih banyak air. Pengambilan air ini dapat mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar daripada tubuh. Selain itu ia juga dapat menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.
Pengambilan Serat Yang Tepat
Pengambilan serat dari buah buahan seperti pir dan epal yang mengandungi banyak air dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air yang boleh menyebabkan pengembungan pada perut.
Popularity: 72% [?]
Tags: Pemakanan sihat, Perut Buncit, Perut Kembung, Tips mengelakkan perut buncit
April 25, 2010 at 10:19 pm
pewot sy pown pnh boncet,tp tiap2 kali bgun pg, sy buat sit-up, dlm 2 buln, pewot x ler besa sgt n slera mkn pn brkurag..sebab pewot dah kechik.. hehek…
May 16, 2010 at 5:12 pm
saya ada masalh perut dari sejak saya stdy lagik..erm perut saya sakit bila tahap perut saya tak boleh menampung apa yang saya makan..dan perut saya seakan mengeras..dan saya juga ada masalah lambat membuang air besar! so boleh tolong bagitaw mcm mana cara yang terbaik saya tuk mengatasi masalah saya!
May 27, 2010 at 9:39 am
Semua orang ada masalah kalau umur dah meningkat. Akak pun ada tips, bacalah kat web akak.
Kak Sue´s last blog ..Help for getting a good healthy body