Resepi – Sayur Mentarang

by admin gediq
Posted January 9th, 2010 at 7:41 pm

Mungkin negeri lain tidak mengenali sejenis siput yang dinamakan mentarang kerana mentarang ini hanya didapati di Kuala Selangor dan Kuala Perlis sahaja. Mentarang di perolehi mengikut musim macam sekarang ini adalah musimnyalah. sekarang ini, boleh kata bersepah-sepah dijual di pasar-pasar.  Jika di kawasan kuala perlis tepi-tepi jalan bersepah orang menjual mentarang dan kerang ketika ini.

Di kuala perlis banyak menghidangkan mentarang bakar dan mentarang rebus rasanya amat sedap tatkala kali pertama saya mencubanya.

Di sini saya ingin berkongsikan satu resepi sayur mentarang.

Resepi Sayur Mentarang

Resepi Sayur Mentarang

800g Mentarang ( dikupas kulit – pastikan di buang bahagian keras kiri dan kanan macam gigi je)

5 Biji Bendi ( Boleh juga di gantikan dengan petula, kundur atau kulit tembikai)

1 biji bawang besar ( di potong 4)

1/2  keping asam gelugur

1 biji cili merah di belah 2

Secubit Belacan

1 Batang serai (di ketuk)

Garam secukup rasa

Senang sahaja caranya ialah rebuskan ke semua bahan hingga empuk dan bolehlah di hidangkan bersama nasi ketika masih panas..nyam.. nyam..

Selamat Mencuba

Resepi Sayur MentarangResepi Sayur Mentarang

Popularity: 1% [?]

No tags for this post.

Artikel berkaitan

Tags:
4 ResponsesLeave a comment
  • nailofar
    February 12, 2010 at 11:47 am

    teringin nak cuba tapi apa benda menatrang tu?sayur ke?atau sejenis hidupan laut?
    gambar kedua- apa yang berbuih2 tu?

  • admin gediq
    February 12, 2010 at 11:58 pm

    mentarang tu cam siput tapi ade musim leh jumpa kat kuala perlis n kuala selangor je.. yg berbuih2 tu sbb ambil ga,bar time tgh mendidih :p

  • anne
    February 19, 2010 at 5:57 pm

    salam tuan punya blog, singgah sebentar hasil google’an mentarang. td saya beli kt pasar tani, sekilo rm6, beli 10 ketul jer, first time beli sbb nak cuba rasa camne lar agaknyer… tanya kat penjual tuh, katanya masak cam rebus kerang tuh, atau buat rendang pun boleh katanya…

    so nak mintak keizinan nak copy resepi nya yer… halalkan yer…sekian tq…

  • admin gediq
    March 7, 2010 at 4:48 pm

    sila-sila kalo x sedap sowii.. hehe tadi tgk tv3 rancangan jln-jalan cari makan diaorg masal cam sambal tumis gitu. ada yang buang kulit ade gak yang x buang kulit.

Add a commentGet a Gravatar

* Name

* Email Address

Website Address

CommentLuv Enabled

Powered by WP Hashcash

You can usethese tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Around The Site
Featured Video
Categories
Archives
Tags