* 1/4 lebih panjang dari kaki anda, diukur semasa berdiri.
* Cukup lebar untuk mebolehkan jari kaki anda berehat tanpa menjadi kejang, tanpa menyebabkan bahagian atas kasut membonjol ke tepi.
*
Cukup dalam di bahagian hadapan , jadi bahagian atas tidak menekan jari dan boleh menggerak-gerakkan jari kaki.
* Ikat dengan tali kasut atau pasang kancing pada kekura kaki anda untuk memastikan kaki anda berada dalam kedudukan betul semasa anda berjalan.
* Tumit kasut tidak seharusnya melebihi 1/2 inci ~ tumit yang lebih tinggi menyebabkan berat badan di bebankan kepada bahagian hadapan kaki.
* Membeli kasut pada waktu petang kerana kaki kita mengembang sedikit.
* Jika iklim seperti Malaysia ini pilihlah kasut atau sandal yang mendedahkan kaki untuk mengelakkan dari kaki berpeluh dan membawa kepada jangkitan.
* Untuk memastikan kesesuaian kasut anda, berdiri di atas sekeping kertas dan minta rakan anda melukiskan surihan kaki anda tidak berkasut. Letakkan kasut yang sering anda pakai di atas surihan itu. jika kaki hadapan anda lebih besar dan bulat dari ruang jari kaki kasut anda, anda mungkin menghadapi masalah kaki.
* Untuk memastikan adakah pemakaian kasut anda telah memendekkan otot betis anda, berdiri di atas cerun yang menghadap ke arah bukit, rapatkan kaki dan halakan sedikit kearah satu sama lain. Jika anda boleh berdiri tegak, anda bukanlah mangsa pemakaian kasut yang salah. Jika anda tidak boleh berbuat demikian dan terpaksa membongkok kehadapan, tumit tinggi anda telah meendekkan otos betis anda.
* Kasut sukan yang kerap digunakan harus diganti setiap 18bulan. Ini disebabkan kasut yang lusuh boleh menyebabkan kesakitan otot betis dan tekanan pada kaki. Untuk mengetahui bila untuk menggantikannya, letakkannya di atas meja dan berdiri dibelakangnya. Jika ia senget ke dalam atau keluar, tibalah masanya untuk mendapatkan sepasang kasut baru.
ELAkkan…….
1.Kasut yang runcing.
2.Kasut sarung, sungguhpun ia leper.
3.Tumit tinggi lebih dari 1 1/2 inci
AKIBAT MEMAKAI KASUT YANG TIDAK SEMPURNA…
Tinjauan oleh American Orthopaedic Food and Ankle Society (AOFAS) pada 1993 terhadap 386 wanita mendapati 88% memakai kasut terlalu kecil untuk kaki mereka.
Mamaksa kaki menyarung kasut yang terlalu kecil dan membiarkannya menekan setiap hari menyebabkan kesakitan dan kecacatan yang berpanjangan Bunion. Jari Kaki tukul ,mallet toes dan claw toes sering merupakan akibat pemakaian kasut yang tidak sesuai
tidak hairanlah dalam tinjauan AOFAS yang sama, 80% daripada wanita dilaporkan sakit dan tidak selesa dan 72% daripada wanita mengalami satu atau lebih kecacatan kaki.
Popularity: 4% [?]
Tags: cara pilih kasut, ganti kasut, kasut sesuai, memilih kasut, pilih kasut betul, salah kasut
June 24, 2009 at 2:47 pm
Aduh, kalo kasut sukan mesti diganti lepas 18 bulan yer. Tak tahu plak saya pasal hal ni.
p.s: Nak tengok gaklah nanti sama ada kasut saya tu senget ke tak. Terima kasih atas info ni.