Pelbagai jenis fabrik boleh di pilih untuk di gayakan ketika majlis perkahwinan anda pelbagai corak dan rekaan fesyen terkini terdapat di pasaran kini. Pastinya si raja sehari ini mahukan yang terbaik untuk hari gilang gemilang yang bakal tiba.. Mari kita lihat ciri-ciri fabrik yang terbaik untuk anda dan juga cara-cara penjagaannya… Pertamanya pasal jenis kain songket . Dari zaman dahulu hingga kini kain songket tetap menjadi pilihan paling popular, benangĀ emas dan perak yang tersulam di kain songket penyeri songket untuk raja sehari.
- Kain Songket perlu di simpan di tempat yang kering untuk megekalkan kecantikannya.
- Terkenal dan berkualiti adalah kain songket dari Terengganu.
- Kain songket paling sesuai untuk kebaya labuh atau baju kurung pesak lama.
- Cuci kain songket dengan cucian kering, dan jangan sesekali merendam songket di dalam air sabun kerana boleh menjejaskan benangnya.
- Songket tempatan adalah lebih bagus kerana kemas dan halus berbanding fabrik import.

- Susunan bunga songket pula boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu bunga tabur, bunga penuh dan bunga bercorak.
- Antara nama songket yang terkenal iaitu tampuk manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan bunga cengkih.

Popularity: 13% [?]
Tags:
Baju Pengantin,
Kain Songket,
Songket,
Songket terengganu