Musim ini banyak fesyen terkini menampilkan rekaan-rekaan dari fabrik jenis renda.. renda sering di jadikan material untuk LBD. Kali ini kita tidak mahu bercerita mengenai renda tetapi mahu mencari idea untuk menggayakan LBD anda itu… Gaun hitam memang cantik digayakan namun jangan tersilap pilih gaya.. silap-silap jadi gaya orang nak ke upacara pengkebumian pula jadinya. Disini di beri tips tips untuk anda gayakan LBD anda itu.
- RantaiĀ boleh menghidupkan tampilan anda dengan
LBD. Untuk gaya klasik anda cubalah mengenakan dengan rantai mutiara putih dan jika mahu tampak mewah cubalah padankan bersama rantai yang berkilau sama ada yang bewarna cerah atau pun bewarna.
- Hitam nampak suram bukan, untuk memecahkan kesuraman warna hitam ini gayakan bersama beg kepit (clucth) bewarna terang seperti hijau zamrud, merah atau pun warna kuning.
- Jika tidak beranai untuk memadankan beg dan kasut dengan warna yang berlainan, pastikan keduanya mempunyai material yang mempunyai struktur atau berkilat, contohnya kasut dan beg tangan eksotik kulit buaya.
- Jika mahukan penampilan klasik gayakan LBD dengan cluct dan kasut bewarna emas atau perak. Warna ini juga tampak mewah.
- Yang paling penting pilihlah LBD yang sesuai mengikut bentuk tubuh anda mana mahu ditonjol dan mana yang harus disembunyikan.
- LBD yang berpotongan kembangĀ di hiasi renda atau net di hujung membawa unsur santai dan fun.

- Potongan leher halter pula menampakkan lebih seksi.
- Menggayakan tali pinggang berlainan warna pula akan menampilkan kamu tampak lebih ramping.
- Bagi yang bertubuh gempal, gayakan LBD dengan leher-V.
- Bagi gaya make-up pula anda tidak perlu risau kerana semua warna gincu anda pasti sesuai dengan warna hitam. Tetapi jika anda ingin kelihatan menonjol tentulah warna merah menyala menjadi pilihan.


Popularity: 5% [?]
Tags:
fesyen terkini,
gaya terkini,
LBD,
Little Black Dress