Sutera mencerminkan kelembutan dan kesucian… fabrik sutera ini jarang di buat baju pengantin namun boleh juga di pakai ketika acara akad nikah. Lebih elok di pakai pada hari selepas perkahwinan untuk bertandang
ke rumah saudaramara pasti si pengantin tampak ayu dan manis. Namun begitu untuk baju pengantin kebanyakkannya pengantin memilih Sutera Thai dan Shantung untuk majlis persandingan.
Fabrik sutera ini berasal dari negara China, merupakan bahan yang bermutu tinggi
untuk menghasilkan pakaian. Fabrik sutera menyerlahkan potongan badan seseorang kerana kelembutan ndan kehalusan kain sutera. Rekaan yang sesuai untuk fabrik sutera ialah kebaya moden dan baju kurung.
fabrik sutera yang lembut, ringan dan sejuk membuatkan ia amat selesa dipakai. Fabrik sutera tidak sesuai dicuci dengan air, sebaiknya di basuh dengan cucian kering dan jangan dilipat untuk simpan sebaiknya di gantung agar kualiti kain terjaga dan tidak rosak.
Popularity: 10% [?]
Tags: Baju Pengantin, Fabrik Sutera, pilihan baju pengantin
May 12, 2010 at 12:16 am
Hi there,
We are from MAYASILK and we like to put your comments on tips fabrik pengantin on NONA Website. we will mention your name as credit,
pls get back to us asap,
regards
ms.sally