Fabrik Sifon Pilihan Baju Pengantin

by
Posted December 1st, 2008 at 1:17 pm

Musim perkahwinan ini pasti si bakal raja sehari tercari-cari fabrik yang sesuai untuk majlis perkahwinan yang bakal berlangsung. Kali ini mari kita lihat mengenai pula. Sifon juga antara jenis fabrik yang paling digemari masa kini mungkin kerana strukturnya yang lembut dan sejuk di pakai.

Fabrik sifon lebih sesuai di pakai ketika majlis akad nikah. Fabrik sifon terdapat dalam pelbagai corak dan warna, biasanya digabungkan bersama satin sebagai pelapik.

Fabrik sifon ini amat ringan dan sensetif, ia memerlukan penjagaan yang baik dan teliti. Di cuci hanya dengan cucian kering. Fabrik sifon ini menampilkan kelembutan pada si pemakai oleh kerana itu ia sering digunakan untuk majlis akad nikah.

Jika anda memilih kain sifon yang lembut bolehlah menggunakan pelapik yang bewarna terang menampakkan lebih garang dan jika mahu tampil dengan warna senada dan lembut pilihlah pelapik yang sama warnanya.

Pilihan sifon georgette akan menampakkan ia jatuh (flow) apabila digayakan anda itu. anda akan lebih terserlah dengan taburan jemaki.

Fabrik sifon sesuai dengan pelbagai fesyen baju penngantin namun sering dibuat baju kebaya pendek dan baju kurung moden. Bagi mengelakkan ini cepat rosak sebaiknya ia di letakkan kedalam sarung pakian dan di gantung.

Popularity: 19% [?]

Tags: , , ,
No comments currently exist for this post.
Add a commentGet a Gravatar

* Name

* Email Address

Website Address

CommentLuv badge

You can usethese tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Around The Site
Featured Video
Categories
Archives
Tags