Selain fabrik songket dan sifon, fabrik organza juga di buat baju pengantin namun fabrik organza ini agak keras. Walaupun fabrik organza ini sedikit keras ia amat cantik di gayakan dengan hiasan sulam-sulaman menampakkan lebih eksotik.
Fabrik organza ini sesuai pada mereka yang bertubuh langsing dan tinggi kelihatan lebih seksi dan menarik pasti memukau mata yang memandang si pemakai baju pengantin fabrik jenis organza ini.
Fabrik organza ini agak senang dijaga dan dibersihkan ia boleh sahaja di rendam dalam air suam dan di cuci. tetapi jika fabrik organza anda di hiasi dengan jemaki dan labuci lebih baik menggunakan cucian kering.
Fabrik organza tidak sesuai bagi pengantin yang berbadan besar.
Pelapik bagi fabrik organza ini pula sering digunakan fabrik jenis satin atau sutera thai.
Fabrik organza ini agak panas jika di pakai di siang hari oleh itu di galakkan untuk upacara malam jika si bakal pengantin berhasrat memilih fabrik organza ini sebagai baju pengantin.
Popularity: 8% [?]
Tags: Baju Pengantin, Fabrik Organza, pilihan baju pengantin