Apakah faktor yang di ambil kira ketika anda membeli kasut?

Kasut ini boleh dibuat sehingga 20cm (8inci) tinggi dan bahagian hujung hadapanya setebal 2 inci. Memandangkan ia adalah 2-3 kali lebih berat daripada kasut biasa, ia menimbulkan beban tambahan kepada kaki dan juga membuatkan pijakan kaki tidak tegap.
Supermodel Naomi Campbell pernah hilang imbangan semasa memakai platform shoes setinggi 8 inci dan terjatuh di atas pentas.
Di Jepun, pernah timbul cadangan untuk mengharamkan pemakain platform shoes yang terlalu tinggi semasa memandu berikutan banyak kematian berlaku akibat pemandu wanita yang memandu sambil bergaya.
Berdasarkan kajian di Jepun(1994-1999) didapati 39% atau 80 kes daripada 203 kemalangan yang membabit kasut disebabkan oleh kasut tapak tebal.Manakala tinjauan dari maktab rendah di Jepun mendpati 23% pelajar jatuh tersembam di sebab memakai platform shoes.
Platform shoes ini juga boleh menyebabkan masalah sendi pelvis atau pinggul.

Kasut tumit tinggi boleh menyebabkan kaki sakit, masalah kesihatanyang ketara seperti bunion, sakit tumit, jari kaki cacat dan saraf tersekat.
Kaki yang di asak ke dalam kasut yang sempit di hujungnua boleh menyebabkan kecacatan. Geseran kasut yang ketat pula boleh menyebabkan kematu dan belulang (calluses). Tidak hairanlah 75% daripada penduduk Amerika mengalami sakit tumit.
Tulang kaki si pemakan kasut tumit tinggi mengalami pemendekan otot betis & tendon.
Popularity: 3% [?]
Tags: bahaya kasut, kaki rosak, kasut tumit tinggi, kecacatan kasut, platform shoes