Bahaya Fesyen

by
Posted June 3rd, 2008 at 10:38 pm

Mungkin kita jarang mengambil tahu bahawa juga boleh membahayakan kepada kita oleh itu sebelum kita leka dan ghairah berfesyen lebih baik kita teliti dahulu apakah yang dimaksudkan dengan ini?

Kadang kala kita mengambil mudah apabila mengalami kesakitan malah membahayakan kesihatan dalam jangka masa panjang demi fesyen dan untuk memperbaiki penampilan. Perhatikan beberapa barangan fesyen yang biasa memberi gambaran megejutkan….

KASUT ~ Daripada jenis yaang mengikat kaki hingga yang bertumit tinggi, kasut telah menjadi punca utama kecacatan dan ketidakselesaan sejak berabad lamanya. Platform shoes dan fesyen kasut lain yang tidak praktik telah mengakibatkan lebih daripada beberapa mangsa fesyen cacat teruk atau terbunuh. Bagi tumit tinggi, kecederaan yang dikaitkan dengannya dialami lutut terkehel hingga otot belakang terseliuh.

SELUAR ~ Seluar yang terlalu ketat menyebabkan ketidakselesaan, disamping boleh mengurangkan sperma bagi lelaki, seluar bell-bottom yang terlalu lebar juga boleh menimbulkan malapetaka yang tidak disengajakan.

AKSESORI ~ Aksesori yang panjang berjuntai seperti skaf juga boleh mengundang mala petaka jika tidak berhati-hati,contoh penari terkenal suatu ketika dahulu Isadora Duncan mati apabila skafnya yang panjang tersangkut pada roda kereta yang bumbungnya boleh dibuka (convertible) Isadora Duncan tercekik dari dalam keretanya hingga membawa maut.

Selain itu coli, baju , tali leher, tatu, seluar dalam dan sebagainya juga boleh membawa akibat yang tidak baik jika kita mengabaikan pemilihan produk yang betul.

Popularity: 2% [?]

Tags: , , , , ,
No comments currently exist for this post.
Add a commentGet a Gravatar

* Name

* Email Address

Website Address

CommentLuv badge

You can usethese tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Around The Site
Featured Video
Categories
Archives
Tags