Cara kurus mudah? Susahnya nak berdiet… kadang- kadang penat je berdiet pun tak kurus kurus jugak.. paling senang.. paling mudah.. diet mudah untuk kurus dengan mengambil jalan pintas.. apa cara pintas tu?

Pengambilan Pil Diet
Pil Diet?.. dengan sebiji pil diet boleh menghancurkan lemak… mudahnya nak kurus! cara yang cepat dan mudah untukĀ kurus. Memang benar pil diet dapat membakar lemak dengan berkesan dan cepat kurus tapi tidak pula memberi kebaikan tanpa meninggalkan kesan sampingan.
Kebanyakan pil diet akan menghilangkan selera makan dengan meransang terus ke bahagian otak. Pil diet memang mampu membuatkan kamu tidak lapar dan seterusnya langsung tidak menyentuh makanan dan boleh membawa ketagihan dan kesan buruk kepada kesihatan. Kadang kala pil diet memberi kesan terhadap organ dalaman yang lain dan mungkin lebih parah dalam jangkamasa yang lama. Mudah kurus mudah pula datang penyakit.. wah! cara ini kah yang patut di pilih? atau ada cara lain yang lebih mudah kurus?
Contoh cara kurus menggunakan pil diet ialah sejenis pil diet yang dikenali sebagai Phentermine. Phentermine adalah sejenis pil diet yang telah diterima dan diluluskan oleh FDA sekitar tahun 1959 sebagai satu kaedah menyekat selera makan. Pil diet ini juga bertindak terus pada otak untuk menyekat selera makan seseorang. Cara diet ini adalah di luluskan kepada pesakit yang mengalami obesiti di tahap yang teruk dan boleh membahayakan pesakit namun ia perlu di selaraskan bersamaprogram diet dan senaman yang berkesan. Namun begitu pil diet ini turun mempunyai kesan sampingan seperti ketagihan, meningkatkan tekanan jantung, darah tinggi, insommia dan debaran jantung.
Pil diet ini pula dinamakan Olistat satu lagi cara kurus menggunakan pil diet. Pil diet ini bertindak menyekat lemak dari di serap oleh badan. Pil diet ini mampu menyekat sehingga 30% lemak dari di serap. Caranya dengan mengambil pil diet ini setiap kali sebelum makan 3 kali sehari. Lemak-lemak akan disekat dan di hantar terus ke sistem pencernaan. Pil diet ini bukanlah begitu berkesan kerana didapati ia hanya dapat mengurangkan kira-kira 5% berat badan namun kesannya buruknya menyebabkan mereka yang mengunakan cara diet ini akan kembali gemuk apabila menghentikan pengunaannya.
Satu lagi pil diet yang sering digunakan ialah Bontril atau Phendimetrazine. Cara kurus ini juga seperti pil diet – pil diet yang lain. Cara kurus mengunakan pil diet ini ialah mengurangkan selera makan. Namun pil diet ini adalah di haramkan kerana kesan ketagihannya. Penggunaan pil diet ini dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf, ketakutan, insomnia, letih dan tekanan. Adakah cara kurus ini yang menjadi pilihan anda?
Hoodia

Pil diet ini pula bukanlah sejenis dadah. Pil diet ini digunakan untuk menangani sakit perut malah jangkitan. Ada juga yang mendakwa ia mampu menyekat selera makan. Terdapat ramuan aktif yang dikenali sebagai P57 yang ditemui didalam hoodia ini yang mampu memberikan kesan pada selera makan. Ekstrak hoodia kini boleh didapati secara semulajadi untuk menahan lapar dan mengawal selera makan. Namun begitu ada kajian dilakukan keatas tikus mendapati pengambilan pil diet dari ekstrak hoodia ini menyebabkan kerosakan hati. Aduh sukarnya nak berdiet dengan mudah. Ada cara lainkah yang lebih mudah kurus?
Liposuction
Cara ini paling mudah kini untuk mengurangkan berat badan dalam masa yang singkat. Satu insisi pantas yang mendakap diri kamu untuk menjadi vakum di panggil cannula yang dapat menyedut lemak dengan kemasnya. Lemak akan direntap dari badan bersama kapilari-kapilari darah akan di sedut keluar. Jika semuanya berjalan lancar kamu akan kurus dalam masa 6 minggu sahaja. Namun adakalanya cara kurus ini menyebabkan berlaku kekebasan, kulit berlekuk atau tidak sekata dan berparut. Cara kurus ini bukanlah begitu mudah seperti yang difikirkan. Cara kurus ini sebenarnya lebih kepada kaedah membentuk badan, jika kamu terlalu gemuk tidak boleh hanya bergantung kepada satu kaedah ini sahaja. Menyedut keluar sebilangan besar lemak boleh menyeberikan trauma pada tubuh. Tambahan pula hasil kaedah ini tidak kekal. Jika kamu kembali kepada kaedah makan yang asal lemak akan kembali berkumpul.
Pintasan Gastrik
Mengecilkan perut, mengurangkan pengambilan makanan dan mengurangkan berat badan. Cara kurus ini dilakukan oleh doktor mengetip bahagian perut kamu menjadikan perut lebih kecil. Cara ini mengurangkan kalori secara drastik dan menghilangkan berat badan dengan berkesan. Namun begitu cara kurus ini mungkin membawake pada kesan-kesan lain yang mungkin berlaku seperti kekurangan gizi kerana jumlah serapan makanan yang kurang, dan boleh menjadi punca jangkitan jika perut terbocor. Walaupun cara ini berisiko namun cara kurus ini amat berkesan dan diamalkan oleh beberapa selebriti ternama.
Diet Ekstrem
Cara kurus paling lazim dilakukan.. iaitu menolak segala karbohidrat dan hanya memakan sayur-sayuran. Satu hidangan sehari dan tiada gula atau garam dalam masakan. Semua itu mampu menyekat kalori dan menurunkan berat badan. Ia mungkin amat perit untuk dilakukan namun ia amat berkesan jika dilakukan. Di sebalikimpak positifnya ada juga negatifnya mengunakan cara kurus ini. Jika terlalu kurang kalori dalam badan, ia boleh menyebabkan keletihan dan tidak berdaya. selain itu juga kekurangan gizi boleh berlaku kerana kekurangan sesetengah sumber zat vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Diet yang keterlaluan ini juga selalunya tidak akan bertahan dalam jangka masa yang panjang dan berat badan akan bertambah semula apabila berhenti berdiet.

Popularity: 65% [?]
Tags: berat Badan, cara diet, Cara Kurus, Cara Kurus Mudah, Cara menurunkan berat badan, diet mudah, Kurus, Pil Diet
May 25, 2010 at 2:55 am
hye . bawang putih sesuai untuk mbakar lemak , jd sye trus mkn ia mentah2 . adakah elok sye makn begitu stiap hari?
May 27, 2010 at 9:43 am
Kita memerlukan daging atau protein untuk meningkatkan kadar metabolisma kita. Ada artikel yang baik dalam Berita Harian ari ni.
.-= Kak Sue´s last blog ..Help for getting a good healthy body =-.
August 23, 2010 at 10:51 am
Benarkah dgn mengurangkan makan nasi tu boleh mengurangkan badan seseorang?
September 20, 2010 at 4:09 pm
kontrol makan tu agar tidak lebih. Nak makan boleh makan apa saja tapi sekadar rasa dan tidak sampai kenyang. Ini makan sampai tak ingat dunia ….macam mana tak gemuk.
BlogSyarih.com´s last [type] ..Gemuk Tapi Cantik atau Kurus Tapi Cantik
October 31, 2010 at 11:32 am
Kemaruk nak kurus ke, cik adik sekalian! tp mmg impian setiap wanita kan? x pe la. teruskan berdiet and gud luck!!!
January 24, 2011 at 12:04 pm
orang kate mesti minum 8 gelas = 2liter air kosong sehari..sy ikot tips tu dan membuatkan badan sy susah nak turun berat ade lah!..now sy kurang minum air senang aje nak turun berat, tp rase dehidrate pulak..
dak_degil´s last [type] ..Tutorial – Stewardess Hairbun ajaran Hanis Zalikha
April 17, 2011 at 12:36 am
tengok senang but masa nak buat tu la alahai susuh nye
August 15, 2011 at 5:32 pm
Customer kami di biofit program ada yang berhasil menurunkan 17kg dlm 1,5bln dan dalam 3 bulan turun 25kg lingkar badan mengecil 35cm. ukuran celana dari XXL menjadi M.
Bila SERIUS ingin MENURUNKAN BERAT BADAN, bisa menggunakan ramuan alami BIOFIT.
dalam 1 bulan program biofit rata-rata bisa menurunkan 5-12kg/bln. lingkar badan seperti perut, paha, lengan bisa mengecil.
menormalkan kolesterol, menghaluskan kulit dan kulit tidak kendur.
kami menyediakan 4 macam paket utk menurunkan berat badan :
-paket pertama (utk menurunkan berat 2-8kg)
harga 150.000
penggunaan 30 hari
-paket kedua (utk menurunkan 4-10kg)
harga 275.000
penggunaan 60 hari
-paket ketiga (utk menurunkan lebih dari 20kg)
harga 420.000
penggunaan 60 hari
-paket keempat (utk menurunkan lebih dari 20kg)
harga 550.000
penggunaan 60 hari
masing-masing paket perbedaan ada pada kecepatan menurunkan berat badan dan pada hasil akhir yang di dapat.
bagi yg ingin SERIUS bisa hubungi saya
di +62878 3232 7700
September 23, 2011 at 7:42 pm
nak kurus ni susah sebab kita kurang disiplin..cuba setkan dalam minda tu kata ‘aku nak jugak kurus & dapat berat badan yang ideal’.mesti kita akan berusaha juga nak kurus.caranya dgn bersenam, aktifkan diri dalam aktiviti berfaedah dan pelbagai lagi caranya.
ikie´s last [type] ..Download Ebook percuma ‘Mengapa Anda Masih Gemuk’
October 5, 2011 at 9:40 pm
sesiapa yang berjaya kuruskan badan tu kira hebat sebab berjaya mendisiplinkan diri mengikuti rutin pemakanan dan menahan nafsu makan.
Fariza´s last [type] ..Why Corelle?