Siapa yang mahu gemuk.. semua nak kurus macam-macam cara boleh dibuat untuk kekal kurus tapi kadang-kadang kerana terlalu ingin kurus ramai diantara kita memilih jalan mudah dan kadang kala memilih cara yang salah untuk kurus.
Sebagai orang biasa ini pun kalau badan berisi dah naik risau apatah lagi si artis yang galmour-glamour ini pasti mahu mengekalkan image dan penampilan mereka agar langsing dan cantik selalu. Tapi ada dikalangan mereka memilih teknik songsang untuk kurus.
Britney Spears ~ DADAH


Britney Spear di percayai menganbil adderall iaitu sejenis dadah yang digunakan untuk mengatasi masalah sukar memberi tumpuan. Salah satu kesan sampingan dadah tersebut adalah kurang selera makan. Britney telah mengambil jalan mudah dengan mengambil adderall sebagai ubat untuk menguruskan badan.
Selebriti lain yang turut mengamalkan kaedah ini ialah Linsay Lohan dan Nicole Richie.
Mary-Kate Olsen ~ KAFEIN

Beliau kelihatan seperti anoreksia kini. Mary-kate juga selalu dilihat sedang menikmati kopi walau dimana beliau pergi. Dalam gambar paparanzi juga banyak kelihatan beliau memegang secawan kopi. Sebenarnya memang menjadi trend kepada selebriti hoolywood meminum minuman berkafien untuk meningkatkan metabolisme serta mengurangkan selera makan. Namun tidak diketahui sejauh mana Mary-Kate mengamalkan kaedah meminum kopi untuk kuruskan badan yang pasti beliau mengambil kaedah menguruskan badan yang tidak seimbang.
Selebriti lain yang mengamalkan teknik yang sama ialah Renee zellweger.
Teri Hatcher ~ GILA BERSENAM

Ini pula kes terlalu taksub tengan bersenam. Paparanzi mengambil gambar Teri Hatcher didapati berjoging sambil membawa besi angkat berat di kedua-dua tangannya. Teri Hatcher begitu bersungguh-sungguh untuk menurunkan berat badanya dan seperti terdesak untuk kurus walaupun beliau memang sudah kurus.
Selebriti lain yang turut mengamalkan cara yang sama ialah Jesica Simson dan Kate-Hudson.
Paris Hilton ~ PENGECUALIAN MAKANAN


Cara paling polupar di kalangan sesiapa sahaja yang ingin kurus. Cara kurus dengan meningalkan makanan. Paris Hilton dikatakan mengunjungi restoran Mkusanhattan dengan hanya memesan minuman Red Bull tanpa makanan lain. Memang benar Paris Hilton mengawal makanan dan tidak mahu menambah kalori sdalam badan.
Selebriti lain yang mengamalkan kaedah ini ialah Marcia Cross dan Beyonce.
Popularity: 18% [?]
Tags: berat Badan, Cara Kurus, cara kurus salah, Cara Selebriti kurus, kalori, Kurus, Menurunkan berat badan
May 22, 2009 at 1:49 pm
saya ingin menggunakan soya untuk dijadikan pencuci muka dan mandian, disini, saya ingin mengetahui apakah khasiat soya tersebut sama seperti jika meminumnya?
May 23, 2009 at 1:56 pm
Saya pun tidak pasti tentang itu cuba saudari cari apa-apa petua mengenai pengunaan soya secara luaran. Yang penting adakah kandungan vitaminnya akan di serap oleh kulit jika kita mengunakan secara luaran… Jika tidak lebih baik saja saudari makan makanan tambahan yang mengandungi extract soya seperti lecithin dsb yang pasti bahan-bahan itu akan terus di serap kedalam badan. Tetapi jika penggunaan madu ada juga saya dengar petua-petua dari indonesia menggunakan madu sebagai masker dsb.