Basicnya terdapat 6 Jenis bentuk wajah iaitu Jenis Petak, Hati, Oval, Diamond, Panjang dan Bulat.. Bagaimanakah bentuk kening yang sesuai diukir bagi menyesuaikan dengan benduk wajah anda?
Bentuk Muka PETAK
Bentukkan secara melengkung bagi menghilangkan pandangan pada rahang pipi anda, elakkan membetuk bulat atau bersegi-segi bagi melembutkan penampilan tulang rahang yang agak besar.
Bentuk Muka BULAT
Tajamkan sedikit bahagian puncak kening untuk membuat bentuk wajah menjadi sedikit bujur.
Bentuk Muka HATI

Pendek dan tebalkan kening bagi memberi ilusi pada dagu lebih pendek, elakkan terlalu panjang kerana dagu telah runcing dan akan nampak lebih tajam.
Bentuk Muka PANJANG
Rata dan panjangkan pada ekor bagi impak keseimbangan pada bentuk wajah
Bentuk Muka PERMATA (DIAMOND)

Bagi Wajah berbentuk diamond, lebih sesuai melukis kan sedikit bersegi pada tengah kening untuk memberikan ilusi bahagiah tengah muka kelihatan lebih kecil.
Bentuk Muka Oval
Panjangkan sedikit ekor kening tetapi jangan terlalu bersegi, elakkan juga melukis kening terlalu tebal.
Popularity: 6% [?]
Tags: Bentuk Kening, Bentuk Kening Dan Muka, Bentuk Muka, Bentuk Wajah, Kening Mengikut Bentuk Muka, Kening Yang sesuai Dengan Wajah, Membentuk Kening Mengikut Wajah