Menghalang kulit menjadi tua pastinya menjadi keinginan setiap insan tapi bagaimanakah
caranya untuk mengekalkan kulit cantik dan menghalang penuaan? Dalam meniti peningkatan usia, kulit mengalami pelbagai perubahan yang ketara. Sel kulit membahagi dengan perlahan, lapisan dalaman (dermis) mula menipis, kulit tidak lagi mampu memulih dengan sendiri dan parut luka lambat untuk sembuh.
Dermis mengandungi protein yang dikenali sebagai kolagen dan elastin yang membuatkan kulit tegang dan anjal. Apabila kulit rosak akibat tidak dijaga dan peningkatan usia, penghasilan kolagen yang menurun, kulit akan menjadi kendur dan hilang keanjalan, kemudiannya menggeleber dan membentuk kedutan. Kolegen juga boleh mengalami cross-linking iaitu penyebab utama kulit berusia. Cross-linking ini disebabkan oleh pendedahan kepada sinar UV yang berpanjangan, radikal bebas dan toksin daripada bahan kimia dan persekitaran. Terdapat beberapa kaedah saintifik yang dikenalpasti boleh mengekalkan kullit cantik dan menghalang penuaan menerusi pendekatan diet.
Mengamalkan Pemakanan yang Sihat ~ Suplemen kolegen ikan adalah salah satu kaedah yang selamat, ideal dan mudah untuk membantu mengekalkan kolegen dalam kulit untuk kulit cantik dan menghalang penuaan. Kolegen inilah yang membantu melambatkan proses penuaan kulit. Kolegen berfungsi dengan meningkatkan kepekatan hydroxyproline (HyPro), sejenis asid amino kolegen yang spesifik, glycine (bertanggungjawab terhadap kelembapan kulit), alanine (Ala), Proline (Pro) dan Asparagine (Asn), asid amino yang menjadikan kulit lembap, tegang dan anjal lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
Membuang Toksin ~ Asid lemak omega 3 membantu menguatkan saluran darah bagi menjamin darah mencukupi untuk disalurkan ke kulit selain membuang toksin. Kesan ini diperkuatkan lagi dengan soy leciithin yang membantu memperbaiki peredaran darah ke kulit. Persekitaran probiotik yang sihat dan seimbang, serat diet yang cukupndan lapan gelas air sehari penting untuk pembuangan toksin melalui usus. Selain itu, hati yang sihat dan fungsi buah pinggang yang baik juga penting untuk keberkesanan detoksifikasi.
Pemulihan Kulit Berterusan ~ Asid amino penting digabungkan dengan vitamin dan mineral adalah penting untuk memastikan tisu kulit memulih dengan baik agar kulit cantik kekal anjal dan berseri menghalang penuaan.
KEBAIKAN PEPTIDA KOLEGEN IKAN 
Popularity: 13% [?]
Tags: kacang soya, kebaikan kolagen, kolagen, kolegen kulit, Kulit cantik, kulit muda, kulit tua, Petua Awet Muda, petua kulit cantik
August 26, 2009 at 12:45 pm
Hi. Memandangkan u bincangkan mengenai anti-penuaan, izinkan I tambah
dengan memberi laluan kepada you all untuk tahu ‘rahsia awet muda’
sebenar. Mengamalkan soya memang sangat2 I setuju. Tapi kalau pemakanan dah ok, cantik, you all tambah dengan ilmu ni. Pasti u all akan jadi lebih menarik. Ringkas kata; pesona! Try checkout website ni:
rahsiafirnena.com
Thanks and all the best!
April 21, 2010 at 4:12 pm
hye,,
saya ada masalah perut buncit dan perut kerap msuk angin dan kembung. bagaimanakah cara tuk saya mengatasi masalah ini?
May 15, 2010 at 5:50 am
Gejala perut kembung tepatnya sekali berkaitan dengan pengaliran udara yang masuk ke dalam sistem saraf di’block’. Saraf kamu terdapat sedikit kerosakan. Ia simpul. Aku ngak dapat menolong dengan setepatnya tetapi boleh berikan sedikit tips: kami firnena menggunakan suatu cecair untuk mengikis lendir2 resdung yg selalu membuatkan pernafasan tersumbat. Cecair ini kuat membuatkan kahak2 serta hingus keluar selalu, kalau mu mengamalnya. Boleh jadi cara ini bisa menolong permasalahanmu. Melalui pengalaman; angin juga bisa keluar kalau terkena cecair ini (kuman di situ mati sih). Info lengkap kamu dapatkan di:
Rawatan Resdung dan Jerawat
Cobalah! Mana tau ngampir!
May 21, 2010 at 9:22 pm
hye..saya ada mslh jeragat yg sangat serius di pipi & hidung..bagaimanakah cara tuk saya mengatasi masalah ini?
August 25, 2010 at 9:53 pm
sejak kebelakangan ni,kulit sy kne sun burn……so nak wat cmne…..plez kasi ckit tips supaya ia x berterusan………..
November 30, 2010 at 3:59 pm
for aclija, ur problem is just a small matter, use our shampoo(300ml)
u use it, u will know the result!
http://www.sshapeup.co.uk/specialoffer.htm(1/12/2010 – 31/12/2010)10% disc
1 300 88 9338(consultant)(M’sia)english/malay
have a nice day!
February 22, 2011 at 8:25 pm
tQ GediQ .com mmg dapat ilmu gak hari ni..nak cantik kena lah usaha.