Cara Membersihkan Wajah

by
Posted November 24th, 2009 at 9:09 pm

Perkara rutin yang wajib dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari ialah .  Tetapi adakah ia benar-benar bersih?

Cara Membersihkan Wajah

Membersihkan wajah juga ada cara dan teknik yang tertentu bagi memastikan kita tidak hanya membazirkan kita yang mahal itu jika wajah tidak benar-benar bersih…

Pilihlah jenis pencuci muka yang sesuai dengan anda dan berikut adalah langkah-langkah untuk membersihkan wajah.

1) Cuci Mekap

Tanggalkan segala kesan mekap pada wajah anda menggunakan pencuci mekap yang tertentu. Ini penting agar cucian yang seterusnya benar-benar sampai ke pori-pori kulit. Caranya ialah menggunakan kapas muka tarik dari dalam ke luar wajah dan arah dari bawah ke atas, ini penting bagi mengelakkan kulit kendur.

2) Cuci Maskara

Maskara yang kalis air memang sukar ditanggalkan begitu juga eyeliner yang berbentuk cecair. Jadi gunalah pencuci mata yang sesuai kerana ia bukan sahaja mudah

menanggalkan maskara anda, ia juga mengandungi bahan yang dirumus khas

Cara Membersihkan Wajah

untuk kulit bahagian mata yang lebih sensetif. Tekapkan kapas pada bahagian mata dan tarik turun kebawah, ulangi ini sehingga semua kesan maskara

tertanggal. (Untuk lebih tradisional

gunakan minyak zaitun juga boleh menanggalkan maskara ini).

3) Marilah mencuci muka

Basuh tangan dulu sebersih-bersihnya kemudian ikutlah arahan pada jenis pencuci muka yang anda gunakan itu.

Jika jenis berbuih maka buihkan dengan campuran air yang secekupnya. Manakala jika jenis cream selalunya boleh terus di letakkan pada wajah, caranya dengan meletakkan 5 dot pada

wajah iaitu ke 2-2 pipi, hidung, dagu dan dahi kemudian basahkan tangan dan mul

alah membersihkan wajah.

4) Mulakan mencuci di bahagian pipi dengan gerakan memusar menghala ke-atas. Elakkan mengena bahagian sekitar mata. Kemudian teruskan ke tepi hidung dan hidung, gunakan hujung jari manis untuk menanggalkan kotoran pada bahagian celah tepi hidung.Teruskan ke bahagian dahi dengan gerakan memusar juga hingga ke garis anak rambut kemudian ke sekeliling wajah dan

Cara Membersihkan Wajah

diteruskan ke bahagian dagu dengan cara gerakan yang sama. Seterusnya ke bahagian bawah dagu dan leher.

Habiskan langkah cucian ini sahaja selama lebih kurang 5 minit. Kemudian bersihkan sisa-sisa buih dengan air bersih.

5) Gunakanlah penyegar dan krim mata untuk kemasan sebelum mrngenakan sebarang krim atau mekap.

6) Seminggu sekali manjakan wajah dengan scrub dan masker.

Popularity: 3% [?]

Tags: , , , , , ,
One ResponseLeave a comment
  • fatin
    December 8, 2009 at 9:55 pm

    thanks a lot…i know that i can count on this website…a lots of tips i`ve got..im appreciate it…

Add a commentGet a Gravatar

* Name

* Email Address

Website Address

CommentLuv badge

You can usethese tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Around The Site
Featured Video
Categories
Archives
Tags